NegeriPendidikanRencah Hidup

Tempuh Ramadan di perantauan: Siswa KUIPs kongsi pengalaman

Para pelajar juga mengikuti Daurah Ilmiah Tafsir Maudui bersama Pegawai Dakwah dari Kementerian Hal Ehwal Islam dari Arab Saudi Sheikh Dr Nassar Al-Harithi.

BERBUKA di perantauan pastinya mengundang pelbagai pengalaman baharu. Menarik atau tidak ianya harus diharungi kerana inilah pengalaman berharga yang bakal menjadi kenangan pada suatu hari nanti.

Begitu jugalah dengan siswa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang melalui pengalaman berharga ini buat pertama kali bersama dengan rakan sekampus di sepanjang bulan Ramadan ini.

Danang Pramudio

Danang Pramudio, 20, dari Indonesia melahirkan rasa syukur apabila Pusat Islam universiti ini telah menyediakan makanan dan minuman di sepanjang bulan ini bagi pelajar disini.

“Sebagai pelajar baharu saya amat berterima kasih kepada KUIPs kerana bukan sahaja belajar secara percuma dengan elaun bulanan lagi malah disediakan dengan makanan untuk bersahur dan berbuka,” katanya.

Pelajar semester satu Program Bahasa Al-Quran dan Sunnah ini menyifatkan layanan terbaik KUIPs ini amat bermakna setelah kehilangan kedua ibu dan bapa pada tahun lalu.

Amgad Adel Abdo Abdullah

Pelajar dari Yaman, Amgad Adel Abdo Abdullah, 20 berkata, beliau tidak kisah sekalipun sedar yang makanan dan minuman untuk dia berbuka dan bersahur pada Ramadan kali ini jauh berbeza dari negara kelahirannya.

“Kalau di negara saya Shavuot dan Sanbousa adalah menu utama di bulan Ramadan tetapi kami di sini mengikut sahaja apa sahaja menu yang disediakan oleh Pusat Islam KUIPs,” katanya.

Ahmad Amir Ikhwan Taufik

Bagi pelajar yang berasal dari Pendang, Ahmad Amir Ikhwan Taufik pula pada tahun ini dia pertamakali merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan rakan sekampus.

“Walaupun masakan kegemaran saya iaitu daging masak belacan yang dimasak nenek tidak dapat dirasai kali ini namun pengalaman berpuasa bersama rakan sekampus demi untuk mendapatkan segulung ijazah lebih diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam KUIPs Ustaz Mohd Roesfan Sazzerin Mohd Sofi berkata, bersahur dan berbuka di kampus Kuala Perlis dan Pauh pada tahun ini bukan sahaja disajikan dengan makanan dan minuman malah pelajar-pelajar disini akan mengikuti Daurah Ilmiah Tafsir Maudui bersama Pegawai Dakwah dari Kementerian Hal Ehwal Islam dari Arab Saudi Sheikh Dr Nassar Al-Harithi.

“KUIPs juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menaja makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan ini,” ujar beliau lagi. – SM

BACA 25 pelajar Indonesia tamat latihan industri di KUIPs

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button