Nasional

Tekun nafi dakwaan tidak sediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menafikan dakwaan yang menyatakan organisasi itu tidak menyediakan skim pembiayaan tanpa faedah dengan nilai sehingga RM10,000.

Pengurus Tekun Nasional Sarawak, Roslan Ais berkata, organisasi itu telah mewujudkan skim pembiayaan tanpa faedah kepada rider penghantaran (Tekun Mobilepreneur 1.0) dengan nilai pembiayaan maksimum RM2,000 sejak awal April lepas.

“Skim ini untuk ‘rider e-hailing’ yang telah memiliki motosikal dan bertujuan membaiki motosikal dan memasang aksesori tambahan.

“Sehingga kini, seramai 211 pemohon  diluluskan permohonan dan telah menerima pembiayaan dengan nilai RM394,000. Skim ini terbuka kepada 500 pemohon terawal dan pemohon perlulah mendaftar sebagai ahli e-hailing terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menyanggah dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang See Chee How bahawa Tekun Nasional tidak menyediakan skim pembiayaan tanpa faedah dengan nilai sehingga RM10,000.

Related Articles

Mengulas lanjut, Roslan berkata pada awal bulan ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengumumkan skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 yang menawarkan pinjaman sehingga RM10,000.

“Skim ini bertujuan untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan bagi ‘rider e-hailing’ yang telah berdaftar dengan syarikat ‘e-hailing’,” katanya.

Menurutnya permohonan telah dibuka dan pembiayaan akan diberi kepada 100 pemohon awal yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button