SAMA ADA Pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam waktu terdekat ini atau tidak, jawapannya akan diketahui minggu hadapan selepas pembentangan Bajet 2023 petang ini.
Tarikh yang paling popular dipilih untuk pembubaran Parlimen adalah pada minggu hadapan.
Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan pada pertengahan Oktober inimaka adalah amat lewat untuk membubarkan Parlimen selepas itu memandangkan musim monsoon atau tengkujuh akan tiba.
Maka tarikh yang sesuai selepas itu ialah pada bulan Mac tahun depan, 2023. Sekiranya sudah tiada pilihan lain, PRU15 besar kemungkinan diadakan pada awal tahun hadapan.
Yang diPertuan Agong hari ini mengambil satu pendekatan yang amat bijak iaitu pergi sendiri ke Bangunan Dewan Ramalan Cuaca, Jabatan Parit dan Saliran di Ampang, Selangor untuk mendengar sendiri taklimat musim banjir oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, KSU, KP JPS dan Ketua Pengarah MetMalaysia.
Jarang-jarang perkara seumpama ini berlaku apabila Raja atau Pemerintah sendiri turun padang mendengar taklimat berkenaan dengan musim banjir ataupun musim monsun.
Sesungguhnya, Baginda mahu mendapatkan first hand information ataupun maklumat terkini dari sumber-sumber yang paling tepat agar apabila Baginda membuat keputusan mengenai pembubaran Parlimen. Keputusan tersebut adalah yang paling tepat tanpa sebarang keraguan.
Tambahan pula, Baginda telah mendapat surat pemakluman daripada Menteri-Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) menyatakan tidak bersetuju Parlimen dibubarkan pada musim tengkujuh ini. – SM