TeaterUncategorized

Teater ‘Kabur’ lain dari yang lain, golongan cacat penglihatan boleh juga menonton!

Pendekatan yang baik untuk golongan cacat penglihatan

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (Perwira) memetaskan teater yang memberi kelainan pada pementasan kepada para penonton khususnya buat golongan kurang bernasib baik cacat penglihatan.

Teater kanak-kanak bertajuk ‘Kabur’ berkonsepkan eksperimental ini berdurasi sekitar sejam yang akan dipentaskan di Panggung Percubaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

Teater Kabur akan dipentaskan pada 22-23, di panggung percubaan universiti UPSI

Menurut pengarah, Subroto Haji Katimin, tercetusnya idea untuk memetaskan teater ini untuk mengentegahkan para penonton dari golongan cacat penglihatan malah golongan biasa juga dapat menghayati nilai-nilai murni yang disampaikan.

Pengarah teater Kabur, Subroto Haji Katimin

‘’Kepada mereka yang sempurna sifat, juga boleh menonton teater ini sebagai satu pengalaman baru. Mereka juga boleh memilih sama ada menonton dengan mata terbuka atau menutup mata dengan kain seperti mereka yang cacat penglihatan.

‘’Para peminat, pengkaji, aktivis teater dapat berkongsi pengalaman bagaimana menghasilkan sebuah teater untuk tontonan mereka yang cacat penglihatan.

Tambahnya lagi, terdapat mesej yang disampaikan kepada para penonton yang boleh dijadikan tauladan.

‘’Kejujuran merupakan tunjang utama dalam mencipta kejayaan hidup. Pengajaran dan iktibar tentang perjuangan menyatakan kebenaran tidak pernah selesai secara mutlak malah haruslah sentiasa belajar mengatasi kelemahan diri. Konsep permuafakatan dalam setiap keputusan yang diambil dan komitmen dalam mematuhi permuafakatan tersebut’’. Jelasnya dalam satu kenyataan.

Dalam kisah ini terdapat watak jahat dan baik, para pelakon lebih banyak berinteraksi dan berdialog dengan para penonton turut memberi peluang penonton menyentuh kostium, prop dan aksesori supaya mereka dapat merasakan dengan lebih dekat.

Di akhir cerita para penonton akan memberi jawapan secara serentak, siapakah pencuri dengan membaca tulisan braille.

Harapan keseluruhan produksi untuk menyemarakkan kesenian dan kebudayaan dalam tingkat masyarakat.

Artikle Berkaitan :>

UPSI santuni warga pelajar dan komuniti melalui aktiviti kebudayaan

Katarsis Seni adakan program memperingati sejarah seni Malaysia 80-an

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button