
Wow! Tabung Haji 100 peratus siap
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar teruja dengan kesiapsiagaan Tabung Haji.
Dalam lawatan beliau semalam, beliau memberi WOW! Malaysia Negara Pertama Agih Kad Nusuk Kepada Bakal Jemaah Haji
“Semalam saya turun ke Unit Proses Visa Haji Lembaga Tabung Haji untuk pantau sendiri persiapan terakhir musim Haji 1446H.
“Saya bangga umumkan bahawa Malaysia jadi negara pertama di dunia yang mengagihkan Kad Nusuk kepada jemaah haji di tanah air,” katanya dalam hantaran ke media sosial.
Menuru beliau, ini merupakan satu pengiktirafan besar dari Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan sistem haji kita!
“Persiapan TH hampir 100% siap. Insya-Allah, lebih 30,000 jemaah kita akan berangkat dengan sistem yang tersusun, selamat dan teratur. Ini kejayaan bersama. Terima kasih semua petugas haji dan agensi terlibat!,” kata beliau.