Teater

Teater ‘Apa Lagi Yang Bapa Mahu’ sangat mengesankan – Anwar

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pelung untuk menonton rakaman teater ‘Apa Lagi Yang Bapa Mahu’.

Teater tersebut merupakan karya Dinsman dan diarahkan oleh Yassin Salleh. Menurut Anwar teater yang mengupas isu kuasa dan politik itu sangat mengesankan.

“Menyaksikan pratonton “Apa Lagi Yang Bapa Mahu” sebuah teater yang mengupas isu kuasa dan politik kuasa karya Dinsman.

“Bagi saya ia sebuah teater yang sangat mengesankan daripada seorang pengarah tersohor saudara Yassin Salleh.

“Ia sebuah teater yang mempersoalkan kewajaran seorang pemimpin yang ingin terus berkuasa. Nantikan pementasannya,” kata Anwar.

Related Articles

“Apa Lagi Yang Bapa Mahu?” teater terbaru karya Dinsman itu dipentaskan di Indonesia pada 15 Disember lalu. Ia turut dipentaskan di dalam negara di Panggung Bumbung IDE pada Mac lalu.

Dalam ulasan mengenai teater itu yang disiarkan dalam Malaysia Dateline   pada 18 Januari lalu, Dinsman menulis,”Ya, itu memang sesuatu yang diakui dan diiktiraf. Ia suatu fakta dan menjadi rekod dunia, dengan sendirinya. Tak ada ketua negara di mana-mana pun negara di dunia hari ini yang usianya seperti ketua negara kita, maksud saya PM.

“Usianya adalah usia atuk tua yang biasanya hanya duduk berehat sahaja di rumah, atau di mana-mana sahaja di dunia ini yang dia boleh berehat dan menikmati hidupnya yang sudah berada di hujung itu; kerana dia punya banyak wang – dikatakan antara yang terkaya di dunia.”

Dalam artikel itu dia turut mencatatkan, “Yang kami hairan dan pelik sekarang ialah gelagat para rakan-rakan seperjuangan kami dulu yang kini berjawatan menteri dan timbalan menteri, yang seperti yang disebut tadi itu.

“Memanglah ada pengecualiannya. Masih ada yang kuat berpegang kepada idealisme perjuangan Reformasi itu. Tetapi tinggal berapa orang sahaja lagi? Dan hal ini amat membimbangkan kami.”-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button