Tayar Pirelli P Zero Trofero R eksklusif dari Pirelli untuk McLaren
PIRELLI secara eksklusif melengkapkan McLaren 765LT baharu bagi memberikannya prestasi sebanyak mungkin pada cuaca kering untuk supercar Britain yang mewah itu.
Tayar P Zero Trofeo R dipilih sebagai titik permulaan untuk kerjasama terbaharu ini.
Kini Trofeo R telah disempurnakan dalam usaha bersama dari Pirelli dan McLaren untuk memenuhi syarat prestasi tinggi kereta itu, berikutan kerja keras berterusam dari bahagian penyelidikan dan pengembangan Pirelli.
McLaren 765LT baharu mengumumkan menampilkan gaya sportynya dengan enjin 765-hp yang menghasilkan tork 800Nm untuk memberikan prestasi terbaik, serta aerodinamik yang memberikan banyak beban kepada tayar P Zero Trofeo R.
P Zero Trofeo R baharu yang dibuat untuk McLaren 765LT mewakili tayar generasi baharu yang lahir daripada kerjasama panjang antara Pirelli dan McLaren.
Setiap kenderaan meninggalkan Pusat Pengeluaran McLaren dengan tayar Pirelli yang tersendiri, disesuaikan untuk kereta tertentu dan dibezakan dengan tanda ‘MC’ yang khas di dinding sisi.
Beberapa tayar ini juga dilengkapi dengan teknologi Pirelli lain seperti PNCS – Pirelli Noise Cancelling System – yang menjamin keselesaan akustik maksimum ketika di dalam kereta.