Uncategorized

Tayangan percuma filem “Adoi Jiwaku” sempena Hari Malaysia

SEMPENA meraihkan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi iaitu 16 September ini, filem dari Lomo Picture menayangkan semula filem “Adoii Jiwaku”.

Tayangan percuma filem yang mengabungkan 3 bangsa di Malaysia menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan kaum yang unik di negara ini.

Filem ‘Adoii Jiwaku’ tidak hanya menyampaikan mesej perpaduan, namun ia seolah
membuka mata orang ramai bahawa kepelbagaian yang wujud di antara kaum yang
berbeza dapat dipelajari dan di fahami dengan baik.

Justeru, Mr Aron Koh yang juga penerbit bagi Lomo Pictures Sdn Bhd berbesar hati
menayangkan semula Filem ini secara percuma menerusi laman web rasmi mereka
pada 13 September ini.

Selain menayangkan Filem yang pernah dipilih sebagai
Audience Choice Award di Malaysia International Film Festival (Miffest) pada tahun lalu, ia juga sebagai tanggungjawab sosial yang di ambil mereka sebagai langkah bagi
menyebarkan mesejj positif yang ada dalam filem ini.

Dengan tayangan filem ini
diharapkan dapat membangkitkan perasaan saling menghormati sesama kita sekaligus menggalakkan lebih ramai pengkarya menghasilkan lebih banyak filem bergenre ini pada masa akan datang.

Untuk menonton anda boleh tekan link di bawah www.lomopictures.my atau terus ke Lomo Pictures Youtube Channel

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button