Nasionalpilihan

Tawaran rasuah: SPRM sudah jumpa tiga Ahli Parlimen DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius mengenai tohmahan yang mendakwa beberapa orang ahli parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah berjumpa tiga ahli parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, kita tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan.

“Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta serta dilantik menteri.

Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata, individu berkenaan bertindak menghantar dua mesej melalui WhatsApp menerusi Setiausaha Sulitnya, Jeremy Chuah. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button