Politik

Tawaran jawatan TPM untuk UMNO, bukan Presiden?

JANGAN salah anggap dengan perkongsian yang ditulis oleh Datuk Rosni Zahari yang merupakan seorang peguam pemerhati dan juga seorang usahawan.

Beliau mencatat pandangan peribadinya untuk dikongsi bersama SUARA MERDEKA berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kata beliau, semalam ada kedengaran, terbaca berita yang mengatakan, adanya tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada UMNO.

Yang menimbulkan tandatanya, kenapa tawaran itu tidak kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Justeru apakah maksud tawaran yang diberikan itu?

Pada hemat Rosni, bukahkah Zahid Hamidi Presiden UMNO dan apa juga jawatan tertinggi yang mahu ditawarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa kini, haruslah ditawarkan kepada Presiden parti.

Catat Rosni lagi, apakah Presiden UMNO itu tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas alasan Zahid Hamidi berhadapan dengan banyak pertuduhan di Mahkamah?

“Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri (PM) Malaysia sekarang faham dan tahu bahawa semua pertuduhan tersebut merupakan pertuduhan politik.

“Ada yang berniat jahat untuk menburuk dan meranapkan UMNO. Siapa juga yang menjadi Presiden UMNO, akan menghadapi pertuduhan yang sama,” catat beliau.

musa

Rosni turut melontarkan persoalan, kenapakah apabila Tan Sri Musa Aman hendak digunakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, boleh pula pertuduhan ditarik balik?

Jalan cerita ini semua orang tahu. Jalan cerita yang ditonton atau “orchestrate” tetapi disebabkan mahu memusnahkan UMNO maka pertuduhan ke atas Presiden UMNO WAJIB diteruskan bagi memastikan UMNO ranap, tegas Rosni.

Beliau mencatat lagi, percayalah dengan melantik orang lain menjadi TPM selain daripada Presiden UMNO, akan memecahbelahkan UMNO.

“Dan tunggulah masa dan ketikanya untuk UMNO karam..nauzubillah…,” ujar Rosni. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button