Nasional

Tarikh pembubaran Parlimen masih dalam teka teki

CADANGAN tarikh pembubaran Parlimen bukan agenda utama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diperkenan  menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah petang ini.

Beliau malah memberitahu, fokus utama ke Istana Negara ialah berkaitan dengan perihal urusan Kabinet.

Perdana Menteri Ismail Sabri bagaimana pun tidak menolak kemungkinan jika berkesempatan untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Agong.

“Agenda menghadap Agong hari ini fokus kepada perihal Kabinet. Mungkin ‘agenda tambahan’ kalau ada masa,” katanya seperti dilaporkan SuaraTV.

Tiupan spekulasi pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat ini bertiup kencang namun semua masih berteka-teki kerana kuasa terletak di tangan Perdana Menteri Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button