Tanggungjawab SPRM selamatkan wang rakyat dengan tumpukan kes skala besar – Anwar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab untuk selamatkan wang rakyat dengan memberi tumpuan kepada kes berskala besar dan tidak lagi hanya tertumpu hanya kepada kes kecil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peranan SPRM adalah melaksanakan siasatan dan pencegahan yang berkesan, yang pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat, dalam usaha kerajaan menangani rasuah.
“Kalau dulu, terlalu banyak masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian menangkap ikan bilis dan ini tidak akan banyak membantu kerana rasuah adalah satu hal yang sistemik,” katanya ketika menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Su Fui bertanya mengenai strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui SPRM, untuk memastikan penyiasatan kes rasuah mendatangkan impak besar dan kesan nyata bagi mencapai agenda yang digariskan, sekali gus memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa.