Berita

Talian Kasih beroperasi seperti biasa, kata Rina

Kerajaan telah memutuskan supaya satu talian khusus ditetapkan untuk sebarang pertanyaan dan aduan berhubung sebarang isu berbangkit berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan lanjutan daripada penularan wabak Covid-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, talian yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara ini adalah 03-88882010.

“Pada masa yang sama, mengambil kira keperluan bagi golongan wanita, kanak-kanak, OKU serta warga emas, kerajaan telah bersetuju supaya Talian Kasih yang sedia ada diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah dibuka seperti biasa.
“Talian Kasih akan diteruskan dengan tujuan sedia ada untuk menerima aduan isu-isu wanita, keluarga dan masyarakat, khususnya menangani kejadian kecemasan berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.

“Talian Kasih bernombor 15999 dan Talian Whatsapp 019 26 15999 akan terus beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” ujar beliau.

Terdahulu bekas Timbalan Menteri Wanita, Hannah Yeoh dalam kenyataan hari ini mendesak Majlis Keselamatan Negara dan Rina supaya mengkaji semula keputusan untuk menutup Talian Kasih buat sementara waktu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button