Politik
Trending

Talian hayat DAP, PH pada Tun M

DAP dan Pakatan Harapan (PH) perlu bergantung kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memastikan kesepakatan pembangkang tidak berpecah.

Malah, mereka juga dikatakan perlu bergantung kepada gandingan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA > PKPB sambung atau tidak, tunggu PM umum hari Ini — Suara Merdeka

Gandingan mereka berdua disifatkan sebagai titik penyatuan parti komponen dalam PH dan sangat berisiko kepada pembangkang dalam misi merampas semula kerajaan.

Hal demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara, Senator Liew Chin Tong yang menyifatkan Dr. Mahathir dan Anwar sebagai pemimpin yang perlu ada bersama PH.

“Dr. Mahathir dan Anwar berlu bekerja bersama atau Muhyiddin akan menjadi pemenang besar jika 109 kerusi PH berpecah.

“Justeru kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr. Mahathir mempertahankan jumlah kerusi,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Walau bagaimanapun, selepas Dr Mahathir digugurkan keahlian dan jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hubungannya dengan Anwar dilihat dingin.

BACA > Kampong Bharu wajar diselia DBKL sepenuhnya — Suara Merdeka
BACA > Beku lesen minuman keras dikhuatiri tingkat penagihan dadah — Suara Merdeka

Hal berkenaan dilaporkan portal MalaysiGazette selepas beberapa siri pertemuan pemimpin parti komponen PH memperlihatkan kehadiran mereka bersama.

“Serentak itu juga, Anwar turut dilantik sebagai Pengerusi PH, iaitu jawatan yang sebelum ini disandang oleh Dr. Mahathir.

“Sejak itu, Presiden PKR dan Ahli Parlimen Langkawi tidak lagi dilihat bersama dalam sesi sidang media, sebagaimana sebelum ini,” lapor portal itu.

PH terus berhadapan dengan kemelut kepimpinan dalaman selepas pertukaran kerajaan berlaku menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri.

BACA > Allah melanjutkan usia untuk mereka berfikir — Suara Merdeka
BACA > Bersatu Simpang Renggam enggan lepaskan Maszlee — Suara Merdeka

Selain itu, PH juga berlu berhadapan dengan lima pemimpin termasuk Dr. Mahathir, Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang digugurkan keahliannya daripada Bersatu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button