Nasional

TLDM guna elemen 6D kekang pencerobohan PATI, rentas sempadan

MENJAGA persisiran pantai dan sempadan negara adalah suatu yang infiniti. Maksdunya ia terlalu luas untuk dikawal namun tidak mustahil demi keselamatan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) senitasa menjalankan rondaan untuk memastikan tidak berlaku pencerobohan.

TLDM mengetengahkan konsep 6D ke dalam elemen cegah rintang dalam mengekang pencerobohan bot pendatang tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.

Konsep 6D berkenaan adalah Pencegahan (Deter), Pengesanan (Detect), Penghindaran (Deny), Pelencongan (Detour), Penahanan (Detain) dan Pengusiran (Deportation).

Menurut Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Lekiu, Kapten Shaiful Nizam Abdul Manan, konsep 6D berkenaan dilaksanakan menerusi atur gerak aset TLDM, KD Lekiu dan helikopter Super Lynx.

Beliau berkata demikian kepada Bernama yang mengikuti Op Benteng bagi mengawasi perairan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar perairan Selat Melaka Utara.

Menerusi pelaksanaan bersepadu antara agensi operasi benteng (Op benteng) turut menggunakan pendekatan konsep 6D yang diaplikasikan dalam elemen cegah rentang aset-aset milik TLDM.

“Konsep berkenaan dilihat mampu diterap sesuai dengan kemampuan serta keupayaan kapal perang milik TLDM dalam menghadapi ancaman luar.

“Keupayaan khusus daripada segi sensor di atas kapal ini juga mampu melaksanakan pengawasan dalam mengekang unsur-unsur pendatang tanpa izin daripada menghampiri perairan wilayah maritim negara,” katanya.

Shaiful Nizam turut mengambil c

“Penggunaan Super Lynx berjaya menghindari bot pendatang tanpa izin daripada memasuki perairan Selat Melaka Utara negara dan dengan itu kami juga mampu mengelakkan sebarang cubaan pendaratan bot-bot ini sekali gus mengiringi mereka keluar dari perairan negara,” katanya.

 

ontoh penggunaan helikopter Super Lynx pada 16 April lepas apabila TLDM bersama tentera udara berjaya memintas 200 pendatang tanpa izin daripada menceroboh masuk ke perairan negara.

Pada 16 April lalu, Bernama melaporkan kira-kira 200 pendatang tanpa izin etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – BERNAMA

(Visited 585 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button