Nasional

Takut ditangkap khalwat, lelaki langgar kereta polis

GARA-GARA mahu lari kerana takut ditangkap berkhalwat seorang lelaki berusia 44 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun telah melanggar kereta peronda polis (MPV).

Dalam kejadia di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, Melaka pada Jumaat, lelaki itu telah ditahan untuk soal siasat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 malam itu gara-gara lelaki itu dan pasangannya takut ditangkap khalwat oleh anggota unit MPV Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti daerah yang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Pasangan itu yang menaiki pacuan empat roda jenis Ford Ranger didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi dan gelap.

“Dua anggota unit MPV yang melakukan rondaan kemudian menghentikan kenderaan mereka di belakang pacuan empat roda itu dengan menyalakan lampu mata arah, namun pemandunya enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan itu hingga melanggar MPV itu,” katanya.

Beliau berkata, pasangan berkenaan yang berjaya ditahan selepas itu didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

Menurut Ashari, rempuhan kuat itu menyebabkan pintu hadapan MPV itu rosak dan tingkapnya pecah.

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah dan negatif terhadap dadah, katanya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button