Nasional
Tak wajib pakai pelitup muka di tempat terbuka
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
Bagaimanapun bagi kawasan tertutup masih wajib memakai pelitup termasuk di dalam kenderaan e-hailing dan pengangkutan awan.
Bagaimanapun bagi kawasan tertutup masih wajib memakai pelitup termasuk di dalam kenderaan e-hailing dan pengangkutan awan.