
“Tak kira anak tan sri sekalipun” – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR 8 April – Kesemua tujuh pelajar didapati terlibat dalam kes buli di MRSM ditamatkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara berkenaan.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran ke Facebook berkata, dua terlibat buli fizikal, lima bersubahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian dari MRSM.
Dalam komen beliau mengulaskan tidak setuju untuk diberikan peluang kedua.
“Sejak dari awal saya diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali saya ingatkan dan tegaskan bahawa prinsip saya #YouTouchYouGo. Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.
“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam BULI, tindakan tegas dan keras akan diambil. Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini,” katanya.