Mahkamah

Tak jadi beli saham Tan Sri Rashid Manaf

Kes bicara Ahmad Zahid

SAKSI kedua Datuk Mat Noor Nawi, 65, pesara kerajaan tampil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berkaitan dengan kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mat Noor tampil sebagai saksi pendakwa ke-76, memberi keterangan bertulisnya di hadapan Hakim Collin Lawrance Sequerah.

Mat Noor turut diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi untuk membuat pengecaman bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Exim Bank, Norzilah Mohamad dan tertuduh, Ahmad Zahid yang berada di dalam mahkamah.

Selain itu, ketika disoal Ahmad Sazilee, Mat Noor memberitahu mahkamah bahawa beliau pernah berjumpa dengan Datuk Nurul Hidayah hanya sekali.

“Apa hubungan tertuduh dengan Datuk Nurul Hidayah , jawap saksi, anak dan bapa.”

Mat Noor diminta memberitahu mahkamah perbincangan yang diadakan bersama Ahmad Zahid dan Nurul Hidayah. Ada bincang pelaburan yayasan?

“Semasa perbincangan dengan Ahmad Zahid dan Nurul Hidayah di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, bertujuan memberitahu kami atas hasrat Datuk Nurul Hidayah untuk mengambil alih saham yang dipegang Tan Sri Rashid.

“Kami menyatakan persetujuan secara intensif kepada Datuk Nurul Hidayah namun tunggakan berjumlah USD2.058 juta perlu dijelaskan dan dalam konteks ini, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau sanggup dahulukan jumlah tunggakan.

“Beliau (Ahmad Zahid) beritahu kami sumber pembiayaan adalah menggunakan wang yayasan tetapi tidak diberitahu yayasan mana,” kata Mat Noor namun soalan ada bincang pelaburan yayasan, tidak dijawab.

Mat Noor seterusnya berkata, “yang sepatutnya bayar hutang ialah syarikat Ri-Yaz Asset kepada kami.

“Antara Nurul Hidayah dan Zahid, siapa patut bayar, saya tidak pasti,” kata saksi pula tetapi bayaran patut datang daripada Ri-Yaz Asset kerana syarikat tersebut yang membuat pinjaman kepada Exim Bank.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Haziq Dhiyauddin Razali, Mat Noor menjelaskan kaitan Ri-Yaz Asset dengan Exim Bank, projek pembinaan hotel di Bali, Indonesia dengan pinjaman yang dirasakan oleh beliau sebanyak USD24 juta.

Saksi turut bersetuju syarikat Ri-Yaz Asset ada masalah membayar balik pinjaman USD2.058 juta atau berjumlah RM8.348 juta pada ketika itu.

Mat Noor turut bersetuju, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu dua kali untuk menjelaskan hutang oleh Ri-Yaz Asset.

Bagaimanapun, keterangan Mat Noor sebagai saksi hari ini di mahkamah, menjadi bercanggah apabila beliau kemudiannya berkata, apa yang terjadi sebenarnya beliau kurang pasti.

“Bayaran balik dalam rekod kita ialah dari Ri-Yaz Asset tetapi kita tidak semak.

“Bayaran balik USD2.058 juta oleh Ri-Yaz Asset selepas berjumpa dengan Nurul Hidayah . Ya benar. Pinjaman ini non performing loan. Benar,” katanya.

Apabila ditanya apakah efek atau kesan ke atas Tan Sri Rashid Manaf sekiranya hutang itu tidak dibayar, apakah beliau bersetuju jika hutang itu tidak dibayar, Tan Sri Rashid Manaf boleh jadi bankrupt?

Mat Noor berkata, “tidak benar”.

Saksi juga tidak bersetuju apabila dikatakan Ri-Yaz Asset akan dikenakan caj penalti atau penalty charges apabila tunggakan tidak dibayar dan kalau penalti tidak dibayar, akan terus accumulate (berkumpul).

Peguam: Tindakan bankrup akan diambil

Saksi: Tidak.

Peguam: Pinjaman ada cagaran. Dalam transaksi, ini satu pelaburan Yayasan Akal Budi?

Saksi: Saya tidak pasti.

Peguam: Datuk Nurul Hidayah sebagai pemegang syer dan monitor investment (memantau pelaburan)

Saksi: Setuju kerana beliau yang akan ambil alih saham daripada Tan Sri Rashid.

Peguam: Dengan bantuan pembayaran loan Ri-Yaz Asset dengan Exim Bank.. bayaran tunggakan USD2.08 juta sahaja bukan bayar USD2.058juta. Kesemua jumlah pinjaman itu telah dibayar.

Sambung soalan oleh Datuk Ahmad Zaidi.

Peguam: Pinjaman ada cagaran dan penalti dan penalti accumulated jika tidak dibayar.

Dalam para 15 dan 16 Tan Sri Rashid Manaf perlu kekal sebagai penjamin kepada hutang tersebut.

Permohonan ditukar share holder, tidak tukar.

Bank ada cagaran. Sekiranya cagaran exhausted.. penalti.. last resort to go against Tan Sri Rashid. Risiko bankrupsi terhadap Tan Sri Rashid akan wujud.

Saksi: No. Saya tahu…exhausted. No choice to go against  Tan Sri Rashid. Penjamin in his kapasiti. Tan Sri Rashid..dasarnya kekuatan komersial. Saya kurang pasti..

Peguam: Datuk sebagai Pengerusi Exim Bank. You should should know (Anda patut tahu).

Saksi: Jelaskan..bank buat keputusan kekalkan Tan Sri Rashid Manaf kerana berdasarkan network, kekuatan korporat, kemampuan kewangan dan teknikal dalam monitor (memantau) keseluruhan projek. Berbanding dengan kekuatan Datuk Nurul hidayah. Bank lebih prefer kekalkan Tan Sri Rashid dalam syarikat ini berbanding Nurul Hidayah.

Peguam: Apa kapasiti Tan Sri Rashid sebagai penjamin hutang Ri-Yaz Asset kepada Exim Bank. Pastikan .. personal guarantor syarikat Ri-Yaz Asset kepada Exim Bank. Tanggungjawab beliau, pinjaman bayar balik . Tak bayar beliau bertanggungjawab. Risiko tetap wujud. Tak bayar bankrupt.

Katakan sesuatu pinjaman jadi non performing loan. Pihak ketiga atau third party muncul bayar. Any problem?

Saksi: Tidak.

Peguam: Hutang tertunggak USD2.053 juta, bukan keseluruhan pada ketika itu dibayar oleh third party, bank tidak ada masalah terima.

Saksi: Setahu saya bayaran dijelaskan oleh Ri-Yaz Asset.

Peguam: Tak jadi masalah siapa-siapa bayar sekalipun. Saksi: Setuju.

Peguam: Selaku Pengerusi Exim Bank, pada masa itulah. Tak biasa tengok Memorandum of Article Association (MAA)

Saksi: Tak pernah tengok.

(Saksi ditunjukkan Memorandum of Article Association Yayasan Akal Budi… tengok para Q).

Timbalan Pendakwa Raya bangun membantah, mengundang peribadi.

Hakim menolak bantahan.

Peguam: Saya mohon pendapat sebagai Chairman. Baca perenggan Q. Berdasarkan para ini..setuju tidak Yayasan Akal Budi boleh buat pelaburan dalam Malaysia.

Saksi: Tidak setuju. Mukasurat 1 title 3 ..

Peguam: Mesti related Perkara A sampai kepada R, S, T, U, V. Q merangka semua. Jangan baca out of the context.

(Timbalan Pendakwa Raya bangun membantah. Peguam dikatakan cuba mendorong saksi untuk memberikan jawapan seperti mana yang mahu didengar oleh peguam).

Hakim suruh teruskan.

Peguam: Objektif Yayasan diperuntukkan A hingga V boleh setuju dengan saya?

Saksi: A hingga V aktiviti dibenarkan tetapi tertakluk pada para 3 di atas.

Peguam: Sebagai pengerusi bank..investment..aktiviti melabur.. beli hartanah dengan tujuan dapatkan keuntungan.

Yayasan Akal Budi melalui Datuk Nurul Hidayah melabur dalam Ri-Yaz Asset.

Saksi: Tidak setuju bukan melabur tetapi satu tindakan mendahulukan sesuatu bayaran yang perlu dijelaskan oleh syarikat. Bayar pendahuluan (advance) kemudian (later) syarikat bayar balik dengan jumlah yang sama. Itu bukan satu pelaburan. Advancement not investment.

Investment kemungkinan yang melabur dapat untung, kemungkinan rugi.

Tak tahu berapa banyak diadvancekan, tidak tahu berapa banyak yang dibayar balik.

Peguam: Dengan menggunakan wang Yayasan. Kata tidak tahu tetapi dalam witness statement (kenyataan saksi) telah diberitahu wang yayasan.

Saksi: Intention Zahid Hamidi guna wang yayasan to make that investment.

Peguam: Tak boleh ke Datuk put one and one together.. Yang jadi our concern is payment being made.  Datuk Pengerusi Exim Bank. You ada capability. Kes Ri-Yaz tidak boleh bayar hutang. Datuk dapat berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri. Berapa kali? Satu? Dua kali dapat jumpa. Dalam perbincangan, yayasan akan bayar hutang Ri-Yaz.

Saksi: Saya tahu.

Soalan terakhir Datuk Ahmad Zaidi..

Peguam: Investment yang patut dibuat oleh Datuk Nurul Hidyah tidak materialize dan segala jumlah wang yang dibayar telah dikembalikan.

Saksi: Saya tahu.

Peguam: Saya cadangkan pelaburan adalah dibuat oleh Yayasan Akal Budi dan bukan Datuk Nurul Hidayah.

Saksi; Jawapan saya dua.

Peguam: No. Nak satu.

Saksi: Saya tak setuju.

Pemeriksaan balas disambung peguam Haziq Dhiyauddin Razali.

Peguam: Transaksi antara Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan Ri-Yaz sebagai investmen.

Saksi: Tak setuju. Tak ada bincang tentang investment. Bincang pinjaman Ri-Yaz klien Exim Bank.

Datuk Nurul Hidayah hendak beli syer Tan Sri Rashdi Manaf.

Peguam: Transaksi ini investment

Saksi: On her capacity, mungkin
Pembelian saham Tan Sri Rashid Manaf tidak berlaku.Perbicaraan akan bersambung pada 21 Julai nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button