Politik

Tak dipilih calon PM: Dr M sedia tamatkan kerjasama dengan PKR

BEKAS Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan PKR jika parti komponen Pakatan Harapan itu terus menentang pencalonannya bagi jawatan perdana menteri.

Sin Chew Daily temubual eksklusif dengan Dr. Mahathir, melaporkan Ahli Parlimen Langkawi itu  akan berhenti bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim sekiranya kebuntuan berhubung calon perdana menteri PH Plus tidak dapat diselesaikan.

“Saya tidak akan bekerjasama dengannya (Anwar) lagi kerana dia tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri. Mungkin ada beberapa cara lain,” katanya.

Laporan itu menyebut, Mahathir akan terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana kedua-dua parti itu menyokongnya sebagai calon perdana menteri.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button