Jenayah
Tajuddin ditahan SPRM, siasatan salah guna kuasa
Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.
Sinar Harian melaporkan setakat ini respon daripada pihak berkuasa berkenaan belum diperolehi.
Tajuddin sebelum ini dipecat dari jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana, berikutan kontroversi beliau semasa sidang akhbar berhubung membabitkan LRT.
Tajuddin adalah antara pemimpin UMNO yang menggerakkan Muafakat Nasional (MN) iaitu kerjasama Pas dengan UMNO dan akhirnya bekerjasama dengan Bersatu bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah Pakatan Harapan tumbang.