AgamaNasionalNegeriPendidikan

Syor tauliah khas mengajar agama di premis pendidikan – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan supaya diwujudkan tauliah khas bagi mengajar agama di premis-premis pendidikan Islam di negeri ini.

Titah Baginda, ia sebagai sebagai penambahbaikan pada masa akan datang bagi memastikan guru-guru agama di institusi pendidikan Islam Perlis adalah berkualiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah semasa merasmikan Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2023 di Hotel Putra Regency, malam tadi.

“Beta berhasrat agar mutu dan kualiti standard pengajaran dan pembelajaran diperkasakan,” titah Baginda.

Sehubungan itu, titah Baginda diberikan juga latihan-latihan kepada guru, kursus-kursus kepada pentadbir dan program-program pengukuhan kepada murid-murid hendaklah digiatkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2023 di Hotel Putra Regency, malam tadi.

Pada majlis yang sama Baginda berkenan melancarkan buku Tafsir Ringkas Faizuddin.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hanifuddin Roslan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan cederamata kepada salah seorang penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis 2023 di Hotel Putra Regency, malam tadi.

Baginda bertitah, setiap penubuhan dan pelaksanaan Sekolah Islam di negeri ini juga mestilah mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan.

“Usaha agensi-agensi bertanggungjawab khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) supaya memantau institusi-institusi pendidikan Islam di negeri ini dan mengambil tindakan sewajarnya hendaklah dipergiatkan,” titah Baginda.

Titah Baginda, dalam konteks negeri Perlis, ia sangat penting dalam memastikan generasi umat Islam negeri ini terus berpegang dengan ajaran agama Islam yang sahih berdasarkan manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948. – SM

BACA Transformasi guru berdaya tahan tinggi, penerapan pelajar 3A, pacu pendidikan masa hadapan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button