Ekonomi
Syed Zainal Abidin bersara sebagai Pengarah Bukan Eksekutif PetDag
PENGARAH Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PetDag) Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, 57, bersara dari jawatannya, berkuat kuasa hari ini.
PetDag membuat pengumuman tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Syed Zainal Abidin dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif PetDag, berkuat kuasa 1 Jun 2018.
Beliau meletak jawatan sebagai MD dan CEO dan dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas, berkuat kuasa 1 Januari 2020, Azrul Osman Rani mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif tersebut. – BERNAMA