
Syed Saddiq ‘Upgrade’ gaya k-Pop, Bella Astillah punya pengaruh
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq secara berseloroh menyatakan bahawa pelakon Bella Astillah telah “memaksanya” untuk mengubah gaya rambut ala K-Pop.
“Kena paksa gunting rambut ala Korea versi Bella Astillah ,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat keakraban antara mereka berdua. Malah, ramai yang turut mendoakan agar hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Ni dah takde tah Primavalet, so confirm la kan? “
“Dah macam Syed Min Ho!”
“Bersemangat lagi YB berucap kat Parlimen .”
“Kalau setakat partner kerja, takkan sampai kena potong rambut, kan? “
“Woww bakal suami Bella nie .”
“Balik Jakarta terus dating pergi potong rambut .”
“Semoga kahwin la, kalau tak, nanti Ruhaiies* tepuk tangan dengan si Aliff.”*
Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astillah sering dilihat meluangkan masa bersama selepas dipilih sebagai duta sebuah jenama pakaian terkenal. Mereka juga pernah mendaki Gunung Kinabalu bersama, mencetuskan lagi spekulasi dalam kalangan peminat.
Sebagai rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.