Agama

Thai Charoen Seafood hulur kasih sebelum ramadan

RAMADAN yang bakal menjelang dalam tempoh beberapa hari lagi menjadi waktu yang paling dinanti-nantikan umat Islam untuk menggandakan amal kebajikan. Menyedari hakikat ini, sebuah restoran makanan laut berkonsepkan masakan Thai, Thai Charoen Seafood, mengambil pendekatan tersendiri dengan menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Mantin, Negeri Sembilan sebagai persiapan awal sebelum bulan penuh keberkatan itu tiba.

Seramai 23 orang anak yatim diraikan dalam majlis istimewa yang turut disertai oleh wakil media dan rakan-rakan badan amal. Selain menikmati juadah lazat, anak-anak ini juga menerima sumbangan khas yang dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Ramadan dengan lebih ceria.

Menurut Pengurus Thai Charoen Seafood, Sam Aziz, program ini diadakan lebih awal supaya anak-anak yatim tersebut dapat menggunakan wang sumbangan yang diterima untuk keperluan mereka sebelum Ramadan bermula.

“Kami mahu mereka merasakan kegembiraan menyambut Ramadan seperti kanak-kanak lain. Ini adalah inisiatif pertama restoran kami dalam menganjurkan program amal sebegini dan kami berharap dapat menjadikannya sebagai acara tahunan,” jelasnya.

Penyelia Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Umi Norjia, turut meluahkan rasa syukur atas undangan yang diberikan. Beliau berkongsi bahawa anak-anak yatim di rumah tersebut amat teruja kerana jarang berpeluang menghadiri majlis seumpama ini.

“Kami amat menghargai kesudian pihak restoran berkongsi rezeki dengan anak-anak ini. Melihat senyuman mereka menikmati hidangan benar-benar menyentuh hati kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Thai Charoen Seafood merancang untuk menganjurkan lebih banyak program kebajikan pada masa hadapan, seiring dengan pembukaan cawangan baharu mereka yang bakal diumumkan kelak. Restoran ini juga akan terus beroperasi sepanjang Ramadan dengan menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa yang menggabungkan rasa autentik masakan Thai dengan cita rasa tempatan.

Mengenai Thai Charoen Seafood

Thai Charoen Sdn. Bhd. dan Medic Venture Global Sdn. Bhd. merupakan sebahagian daripada kumpulan perniagaan yang berkongsi matlamat dalam menyajikan hidangan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Sejak penubuhan cawangan pertama mereka pada Disember 2022, kumpulan ini terus komited dalam mengekalkan keaslian, inovasi, dan kualiti dalam industri makanan dan minuman.

Di bawah Thai Charoen Sdn. Bhd., Thai Charoen Seafood menampilkan kepakaran masakan asli Thai dengan menggunakan khidmat tukang masak profesional dari Thailand. Restoran pertama mereka terletak di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, dengan perancangan pembukaan cawangan seterusnya di Atria Shopping Gallery, Damansara. Dengan pertumbuhan yang berterusan, Thai Charoen Seafood berhasrat untuk memperluaskan lagi kehadirannya dalam industri makanan dan minuman di Malaysia.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button