Politik

Syed Saddiq tamatkan larian 200km, sampai di Parlimen pagi ini

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan lariannya sejauh 200 kilometer apabila sampai di Parlimen pagi ini.

Beliau tiba di Parlimen pada pukul 9.30 pagi dan pada masa sama berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi ‘Langkah Muar’, sejak Jumaat lalu.

Peringkat akhir larian beliau dari dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.

“Ini merupakan gerakan untuk menuntut keadilan bagi peruntukan kawasan Parlimen pembangkang yang dinafikan sekian lama.
“Ini bukan satu desakan tetapi berdasarkan kepada prinsip keadilan, tidak agama, bangsa atau sokongan politik.
“Bantuan peruntukan perlu disalurkan kepada semua tidak kira kawasan pembangkang atau sebaliknya,” katanya selepas menamatkan misi Langkah Muar di luar Bangunan Parlimen hari ini.
Syed Saddiq memulakan larian itu sebagai salah satu cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.
Matlamat utama untuk menuntut peruntukan Ahli Parlimen RM4 juta setahun atau RM20 juta satu penggal.
Larian itu juga bagi mengutip dana RM100,000 bagi Pusat Khidmat Muar yang diperlukan supaya ia dapat kekal beroperasi serta membantu rakyat di kawasannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button