BeritaSukan

Syed Saddiq pungut sampah di Stadium Bukit Jalil

Dalam keghairahan meraikan kemenangan Harimau Malaya menewaskan Garuda 2-0, ramai yang terlupa tanggungjawab mereka bukan sahaja memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan, tetapi rakyat Malaysia perlu menjadi contoh sebagai masyarakat yang mempunyai kesederan sivik yang tinggi.

Selain tidak membuang sampah merata-rata dan tidak merokok di stadium, apa salahnya dikutip juga sampah-sarap yang dibuang orang lain termasuk oleh penyokong lawan.

Dalam hal ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu dijadikan contoh kerana bukan sahaja menaikki pengangkutan awam ke stadium bagi mengelakkan kesesakan, tetapi turut sama-sama mengutip sampah setelah perlawanan tamat dan para penyokong pulang.

“Kurangkan provokasi, kuatkan persahabatan. 1500 Anggota Polis bertugas untuk menjaga keamanan. 400 sukarelawan untuk membantu & 400 CCTV untuk memantau keadaan. Jagalah kebersihan. Kutip sampah, simpan dalam poket, buang di tong sampah. Jangan MEROKOK. STADIUM KITA, RUMAH KITA,” ciap beliau di twitter

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button