Hiburan

Syasya bakal timang cahaya mata

BEKAS anggota Dolla, Syasya Rizal, 23, dan suami, Nasrullah Mohd Sapie, 23, mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Syasya yang sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut daripada berkongsi mengenai kehamilan akhirnya memuat naik entri berhubung bakal menimang anak dalam Instagram (IG).

Syasya memuat naik beberapa helaian akhbar yang tertera ‘Baby Emon is on the way’ (Baby Emon bakal dilahirkan).

Dalam foto dikongsi, Syasya turut dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bualan ramai.

Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.

Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa kepada Syasya

Terdahulu, tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan dalam air sambil dipimpin suaminya, awal bulan lalu.

Sebelum ini, pada Jun lalu Syasya pernah menafikan khabar angin sudah berbadan dua, sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.

Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button