Sukan

Syamer bantu perkuatkan Penang FC

PENANG FC bakal menerikan suntikan tambahan di bahagian tengah apabila kepulangan Syamer Kutty Abba yang mempunyai pengalaman luas dalam pengembangan karier mampu memberi kekuatan kepada skuad Harimau Kumbang mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut Ketua Jurulatih Penang FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli, pengalaman Syamer bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
“Apabila saya bertanyakan kepada Syamer mengenai kepulangannya ke Pulau Pinang dan dia bagi satu respons yang positif, jadi saya rasa ini satu (peluang) yang terbaik untuk pasukan,” katanya seperti yang dipetik dari BERNAMA.
Akmal Rizal berkata kelebihan anak jati Pulau Pinang itu sebagai pemain tengah bertahan dalam pasukan yang mampu menguatkan lagi posisi tersebut sekali gus Harimau Kumbang berpeluang untuk menguasai perlawanan.
“Syamer selaku pemain tengah bertahan, jadi saya memang memerlukan pemain di posisi itu, saya sudah ada beberapa pemain yang boleh bermain posisi yang sama tapi dengan adanya Syamer, saya mempunyai pilihan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button