Berita
Susulan Tanah Jerlus Masjid India : Operasi terpaksa ditagguhkan
INSIDEN yang berlaku di tengah Kota, Kuala Lumpur, selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, pasukan SAR hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, selipar itu ditemukan terapung di kawasan kejadian yang telah dikorek pagi Jumaat.