Nasionalpilihan

Suspek samun cuba langgar polis, 4 das tembakan terpaksa dilepaskan

SUDAHLAH menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah samun, kemudian cuba pula melanggar pihak berkuasa ketika hendak ditahan.

Suspek yang menyamar sebagai polis itu pada mulanya telah menahan seorang warga asing yang berlaku kaki di hadapan Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Suspek kemudian melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan meminta wang sebanyak RM150.

Kejadian tersebut telah dilihat oleh dua anggota polis yang melakukan tugas ronda jenayah dan suspek yang menyedari perkara itu terus melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Perodua Myvi.

Ketika dikejar, suspek telah melanggar beberapa buah kenderaan orang awam yang berada di laluannya namun tersekat di lampu isyarah mereah di kawasan Jalil Link, Bukit Jalil.

Seorang daripada anggota polis yang mengejar suspek dengan menggunakan motosikal telah memintanya turun dan memberi amaran namun suspek bertindak memandu secara meluru ke arah anggota polis tersebut.

Anggota polis tersebut berjaya mengelak daripada dilanggar dan melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

Suspek bagaimanapu berjaya melarikan diri dengan memandu secara melawan arus ke arah Lebuhraya Kesas menghala ke Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menangkap suspek kira-kira pukul 8.50 malam semalam di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan kes tersebut dan polis juga telah merampas sebuah kereta jenis Myvi.

“Suspek berusia 43 tahun dan ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyak rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Ujarnya, suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Wan Razzo Wan Hashim di talian 019-2633120 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button