Nasionalpilihan

Suspek rampas senjata di Balai Pengawal sebelum tembak rakan

ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengambil senjata api dari tempat simpanan di Balai Pengawal sebelum melepaskan tembakan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Mancha Ana Ata berkata, rakannya juga telah cuba menenangkan suspek namun telah ditembak di bahagian perut.

“Suspek kemudian masuk ke bahagian bilik rehat dan menembak seorang lagi di bahagian sisi dada sebelah kanan.

“Suspek juga kemudian telah menembang seorang lagi rakannya di bahagian belakang sebelum menembak dirinya sendiri dari bahagian bawah dagu hingga menembusi otak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mancha, dua mangsa dan suspek maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jantung Kota Samarahan.

Jelasnya, Pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak juga telah dikerah ke lokasi kejadian utnuk siasatan.

“Selain itu, pihak polis juga telah meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan saksi akan dipanggil untuk siasatan lanjut namun motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambah Mancha, maklumat suspek dan mangsa akan dirahsiakan untuk menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga dan orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian tersebut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button