Nasional

Suspek kes bunuh yang juga kekasih Nur Farah Kartini anggota polis

KETUA Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, adalah anggota polis.

Katanya, suspek dipercayai teman lelaki mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di Perak.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.

Difahamkan, suspek merupakan anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Perak.

Sebelum ini media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan petang semalam, disyaki dibunuh individu yang dikenalinya.

Mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang.

Ekoran itu polis menahan suspek yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button