Suspek hina Sultan Selangor larikan diri ke luar negara, tindakan tegas perlu diambi
SEMALAM satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Datuk Sri Fariz Hazurin Ismail berhubung seorang individu warga India Ganesparan A/L Nadaraja, 38, telah menghina Sultan Selangor.
Menurutnya, tujuan membuat laporan polis ini untuk mendesak mana-mana pihak yang berkuasa segera mengambil tindakan tanpa mengira kedudukan atau statusnya.
‘’Jika dia masih warga Malaysia kerakyatannya harus di lucutkan dan jika dia bukan lagi warga negara Malaysia dia dihalang masuk ke nagara Malaysia.
‘’Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk menyebarkan kebencian atau menghina agama. Kes ini menegaskan betapa pentingnya keselamatan dan keamanan negara serta menjaga kesopanan dan martabat institusi-institusi utama’’. Jelasnya.
Tambahnya, tiada tempat bagi individu yang melanggar undang-undang dan melecehkan kepercayaan masyarakat. Tindakan tegas harus diambil untuk memastikan keadilan dan ketenteraman awam dijaga. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu padu dalam menentang segala bentuk penghinaan terhadap simbol-simbol kebanggaan negara, termasuklah institusi kesultanan.
Dato’ Sri Fariz Hazurin Ismail menegaskan bahawa kerajaan dan masyarakat tidak boleh memberi ruang kepada manusia durjana yang cuba mencabuli keamanan negara dan melecehkan nilai-nilai yang dihormati oleh rakyat Malaysia. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan suspek ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal. Dengan ini, Beliau turut menyeru kepada semua pihak untuk bersatu dalam menegakkan keadilan dan menjaga keharmonian serta keselamatan negara.
Suspek dipercayai telah melarikan diri ke luar negara sejak November 2017 dan turut dikehendaki atas tiga kes lain yang berkaitan dengan ugutan dan hasutan. Tindakan suspek ini adalah suatu penghinaan yang tidak dapat diterima, terutama terhadap Islam dan institusi kesultanan.
Artikle Berkaitan :>
Pendakwah bebas dipenjara atas hasutan terhadap Sultan Selangor
Fitnah dan berita palsu berleluasa, Sultan Selangor kecewa lihat perangai netizen!