BeritaNasional

Suruhanjaya Tenaga keluar 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada TNB

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada bulan Disember 2019.

Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, tindakan tersebut diambil setelah mereka menyiasat aduan bil elektrik tinggi pada bulan Mei dan Jun tahun 2019, yang diterima dari pihak pengguna.

“Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi arahan ST berhubung standard prestasi Minimum Service Level (MSL), berkaitan tempoh penyerahan bil-bil elektrik kepada pihak pengguna.

“Berdasarkan MSL tersebut, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button