Politik

Surat terbuka buat Anwar

Kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim..

Kami menyokong dan kami bersama sama perjuangan Dato’ Seri sejak awal lagi.. Kami bangkit kerana ketidakadilan dan kezaliman terhadap Dato’ Seri..

Kami bersama gerakan Reformasi kerana rakyat ditindas, di perkotak katikkan oleh kerajaan rakus dan zalim waktu itu..

Kami tak minta diiktiraf sebagai pejuang.. kami tak harap longokan habuan atas apa yang sama sama kami tempuhi.. tekad kami semata mata mahu lihat keadilan tertegak.. jika seorang bekas timb perdana menteri seperti Dato’ Seri boleh diperlakukan begitu. apatah lagi kami rakyat biasa…

Dato’ Seri… sokongan kami bukan menyasarkan imbuhan jawatan atau kedudukan.. tapi kerana kami tak dapat terima kezaliman yang ditimpakan kepada Dato’ Seri dan keluarga.. kerana itu kami bangkit..

Ramai kalangan kami (rakyat) yang diperlakukan dengan kejam.. ditangkap, disepak terajang ketika tercetusnya Reformasi.. tapi kami ikhlas dan siap sedia hadapi keadaan itu.. kerana itu lah lumrah jalan perjuangan….

Dato’ Seri.. Sewaktu Dato’ Seri dipenjarakan, semangat kami tak pernah luntur…kami tetap sedia berjuang untuk tuntut keadilan, tuntut pembebasan Dato’ Seri.. itu agenda utama kami…
kami tak kemaruk utk tawarkan diri jadi calon… samada jawatan parti atau pun untuk pilihanraya….

Pembebasan Dato’ Seri adalah tuntutan dan keutamaan kami. keadilan dan hak Dato’ Seri yg dirampas perlu dikembalikan..

Selama 20 tahun.. cita cita utama kami adalah untuk melihat Dato’ Seri ‘BEBAS’..
itu hasrat utama kami.. bukan semata mata ingin mengangkat Dato’ Seri sebagai perdana menteri..

Apa guna kuasa ditangan jika parti terus jadi lubuk yg membiakkan PENGKHIANAT…!!!!!!

Dato’ Seri.. KEADILAN kuat sewaktu jadi pembangkang.. KEADILAN harmoni, bersatu padu ketika masih diposisi pembangkang….
Kami ikrar akan tetap setia, tetap bersama perjuangan Dato’ Seri dalam apa jua keadaan… tidak semata muncul setelah kita peroleh kemenangan..

KEADILAN terbentuk dari derita, airmata dan darah.. ribuan yang tak punya apa2.. ramai yang hingga kini masih terhimpit hidup mereka.. tapi ini tak pernah merubah prinsip kami.. kerana penderitaan dan kezaliman yg dilakukan terhadap Dato’ Seri benar benar membuka mata kami tentang erti perjuangan sebenar..

Dato’ Seri… dengar lah suara suara kami… cukup cukup lah terus melayani, beri muka kepada mereka para PENGKHIANAT dalam parti… telah banyak kerosakan yang telah mereka lakukan.. telah banyak cubaan khianat yang telah mereka susun gara2 rasa tamak haloba..terlalu rakus bg mencapai hasrat peribadi dan kroni…

Percayalah Dato’ Seri… Kami tetap setia dan akan terus bersama sama Dato’ Seri dalam menghadapi apa juga bentuk kemungkinan.. samada dalam suka dan duka…

“Reformasi tetap Menyala, Selagi Reformis Bernyawa”

#AkuMarhaen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button