SUPTIM: KUIPs hantar 66 atlet, 7 jurulatih
KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menghantar 66 atlet dan tujuh jurulatih sempena Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Kali Ke-20 nanti.
Kejohanan kali ini akan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) mulai 10 hingga 14 Februari ini.
Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle menyerahkan bendera kejohanan kepada kepada Ketua Kontijen yang juga Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr Mohd Aizul Yaakob di Dewan Audiitorium KUIPs Kampus Kuala Perlis pagi tadi.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhamad Rozaimi berharap semua atlet yang mengambil bahagian dapat menunjukkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan yang akan disertai oleh 13 kontigen lain yang mengambil bahagian.
“Jagalah kesihatan masing-masing sambil bersukan dan merihatkan badan selain daripada berjuang untuk meraih kejayaan dalam kejohanan sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini,” katanya.
Tujuh pasukan dari KUIPs yang akan menyertai kejohanan ini ialah pasukan bola sepak, futsal, ping pong, badminton, bola jaring, memanah tradisional dan catur.
Setiap peserta juga berazam untuk membuatkan yang terbaik supaya dapat membawa pulang kemenangan. – SM