BeritaNasional

Sultan Selangor nasihat keburukan Komunis pun tak boleh?

KUALA LUMPUR – Hanya kerana memberi nasihat dan mengingatkan tentang kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditempelak dalam media sosial.

Seorang aktivis, Ali Abd. Jalil menerusi akaun Facebooknya dipercayai memuatnaik status mempersenda Sultan Selangor dan raja-raja Melayu.

Walau bagaimanapun, status berkenaan sudahpun diturunkan, namun tangkap layar posting berkenaan berjaya dibuat dan dimuat naik oleh page Facebook ABCD.

Ali dikatakan membuat tuduhan melampau terhadap Sultan Selangor dan meminta baginda cermin diri dahulu sebelum memberi nasihat kepada rakyat.

“Sultan Selangor tak bayar cukai, kerja pun tak ada, hidup anak bini dia rakyat tanggung. Sultan Selangor tak ada sumbangan apa-apa ketika Malaysia menuntut merdeka.

“Sedar diri tu, hidup tak ada manfaat untuk negara, ada hati nak sekolahkan rakyat. Pergu la cari kerja, bukan hidup mewah diistana atas cukai rakyat.

“Makhluk parasit macam raja Melayu harus dihalau berambus keluar dari istana,” katanya.

Bagaimanapun, ABCD menerusi tangkap layar yang dimuat naik membidas tindakan Ali yang menuduh Sultan Selangor dan raja Melayu lain sebagai parasit.

“Apabila Sultan Selangor menyentuh mengenai pengkhianat komunis, maka lahirlah insan yang macam ni.

“Itu baru sikit usik dah nampak maki hamun, bayangkan mereka kembali bagaimana anda semua nak hidup dengan aman di negara yang merdeka ini,” soalnya.

Apa komen netizen?

Status yang dimuat naik ABCD itu mendapat sokongan ramai netizen selain turut menyifatkan tindakan Ali sebagai tidak tahu sejarah sebenar.

“Ramai betul ya tak tahu cerita sebenar,” komen Juan Mizunton

“Penghinaan kepada Sultan Selangor amatlah memalukan, sebagai rakyat haruskah kita menyanggah sultan yang selama ini kita berpayung dibawahnya.

“Sedarlah kerana adanya sultan hidup kita harmoni di Malaysia tak macam negara lain yang berperang kerana rebutkan kuasa,” kata Azman Ismail

“Kalau sultan nak kerja, mereka boleh sepakat hapuskan politik Malaysia yang macam tahi ini. Buat macam negara Brunei gilir-gilir sultan memerintah gunakan kuasa tentera.

“Kalau buat macam itu aman sikit Malaysia ini daripada pengaruh komunis ata politik busuk yang diamalkan di Malaysia ini,” luah Man Besi.

“Yang memburukkan Sultan Selangor itu boleh percaya ke? Dia tu orang Melayu, sekarang ramai RBA yang berlakon Melayu,” komen Aedysham Ahmad. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button