Nasional

Sultan Selangor bimbang aset kapal tentera laut berusia

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal tentera laut yang telah berusia dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku kapten Yang Dipertua tentera laut bertitah semasa pertemuan tersebut, pertukaran aset yang telah berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

Khamis lalu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan.

Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya, pada 23 Jan.

Related Articles

Reza turut merafak sembah memperkenalkan timbalan panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai panglima tentera laut ke-18. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button