Sultan Selangor Beli Lukisan Beruk, Babun & Cimpanzi Bersidang Di Parlimen
Entah siapalah pelukis karya lukisan beruk, babun, cimpanzi dan seangkatan dengannya tengah bersidang.
Elok pula tu bersidang rapat-rapat dalam parlimen tanpa jarak dan sesekali terbayang suasana di zoo negara.
Eh.. apakah sama? Ramai cuba nafikan namun kanak-kanak darjah satu yang menonton bertanya soalan serupa.
“Papa.. kenapa kelakuan mereka dalam Dewan yang mulia ada kalanya seperti monyet?
Lantas papa menjawab, “Entahlah nak.. mungkin mereka adakan program pertukaran pemimpin seminggu dua”.
Punyalah unik dan seni lukisan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pun tertarik.
Baginda siap berkenan untuk membeli karya lukisan itu sebaik sahaja melihatnya dan ingin menggantungkannya dalam private study room Baginda.
Ujar Baginda suatu hari nanti, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan tersebut dan hasil lelongannya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.
Apa-apa cerita pun, pandang sekali terasa pedas, pandang dua kali, terasa hangat, bila dikongsi, baru terasa puas!