NasionalpilihanUncategorized
Subsidi diesel di Semenanjung yang pertama akan diselaraskan
BAHAN api diesel yang hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia telah dipersetujui oleh kerajaan untuk diselaraskan subsidi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Dan bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, katanya, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial.
Menurut Perdana Menteri, pengecualian itu itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
“Maknanya pengusaha bas, teksi, nelayan akan terus dipelihara dengan subsidi, bantuan untuk membantu mereka. Kerajaan juga akan terus memberi subsidi diesel kepada yang layak petani kecil, pesawah.
“Untuk B40, M40 yang menggunakan diesel dalam penggunan kecil seperti pertanian, perlombongan, penternakan, nelayan akan dibantu.
“Mereka tidak akan terkesan dengan penyasaran ini…yang tidak akan menerima manfaat dalam penyiaran ini adalah golongan T20, orang terkaya di atas dan 3.8 juta warga asing,” katanya dalam Perutusan Negara Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan.
Penyasaran subsidi itu juga kata Anwar, akan memberi penjimatan kepada kerajaan yangf dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Katanya, kesan penyasaran itu adalah kepada golongan ‘maha kaya’ dan warga asing.
Menurut beliau, sekiranya ada rakyat kebanyakan terbeban, mereka boleh merujuk kepada Kementerian pengangkutan dan kementerian berkaitan untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Tentunya saya jangka ada pihak akan gembar-gemburkan isu ini. Insya-Allah, saya dengan teman-teman menteri akan menjawab.
“Ini kerana saya beri pengakuan, sebarang penyasaran subsidi tidak harus membebankan rakyat terbanyak.
“Kalau ditanya kenapa perlu (penyasaran subsidi), ini kerana kita tidak mampu beri subsidi kepada golongan kaya dan warga asing,” tegas beliau. – SM