Suara rakyat di Sungai Bakap – Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Tan Sri Annuar Musa berkata, momentum kebangkitan rakyat sudah mula dirasakan dengan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang berlangsung semalam.
Katanya, PAS dan PN sekali lagi menawan tempat kelahiran Perdana Menteri sendiri.
Ujarnya, tawaran berpuluh juta dari Datuk Seri Zahid Hamidi telah menyebabkan lebih banyak kehilangan undi. Kedatangannya menyebabkan PH kalah lebih teruk lagi.
“Menjelang tengahari hari mengundi saya diberi lapuran awal dari simulasi bahawa PN bakal menang dengan lebih 2,000 majoriti.
“Gerakan mengajak keluar mengundi diperhebatkan.
“Momentum kebangkitan rakyat mula di rasakan,
“PAS dan PN sekali lagi menawan tempat kelahiran PMX sendiri,
“Tawaran berpuluh juta dari DS ZAHID Hamidi telah menyebabkan lebih banyak kehilangan undi. Kedatangannya menyebabkan PH kalah lebih teruk lagi,” kata Annuar Musa yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) menerusi catatan Facebooknya, petik SuaraTV pada Ahad.
Menurut Annuar lagi, dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO di akar umbi pula mereka menolak Presiden mereka dan jajaran barunya.
Ahli akar umbi mendokong gagasan Muafakat Nasional sudah nekad menyertai usaha PN. Makin sebati dan makin serasi. Mereka lebih yakin kepada dasar dan perjuangan PAS dan PN.
Berkata mengenai kempen pula, calon Perpaduan berkempen dengan segala kemewahan peruntukan Kerajaan.Program Kerajaan membawa turun Para Menteri dan Perdana Menteri.
Manakala PN mengekalkan kaedah kempen merakyat dengan bergantung harap pada sukarelawan bantu tanpa sebarang habuan.
“Aktiviti kempen hanya sekadar apa yang di sedekah dan di infaq oleh ahli dan rakyat
“Namun gerakan berkempen sangat mendasar dan “micro targeting”.
“Malah kempen kalangan bukan Melayu tetap di usahakan walau tenaga kempen amat terbatas
“Rata rata kempen PN diberi sambutan hangat oleh rakyat semua kaum dan strata kepartian.
“Saya tidak putus putus bertemu pemimpin UMNO akar umbi. Berbual Mesra. Kadang kala bertemu di luar kawasan pilihanraya. Saya dapat merasakan dokongan pemimpin akar umbi terhadapMuafakat Nasional,” katanya lagi.
Pada PRK Sungai Bakap yang berlangsung semalam Calon Perikatan Nasional Abidin Ismail menang pada Pilihan Raya Kecil Sg Bakap yang berlangsung hari ini.
Abidin yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal berjaya meraih 14,489 undi, manakala pencabarnya Joohari Ariffin memperolehi 10,222 undi.
Perikatan Nasional juga memperolehi majoriti dengan lebih besar sebanyak 4,267 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam semalam.