Luar Negara

Suami pergi solat terawikh, isteri bermukah dalam rumah

PERBUATAN yang amat biadap dilakukan oleh seorang isteri terhadap suaminya yang menunaikan solat sunat terawikh di masjid.

Pulangnya sang suami ke rumah, dia terkejut melihat isterinya berselingkuh di dalam rumah mereka dengan teman lelaki di daerah Lhokseumawe, Acheh, Indonesia.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @hitzmedsos, kelihatan seorang wanita melutut dan sujud serta memegang kaki seorang lelaki sambil meminta maaf di atas perbuatannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan menangis sekuat hatinya sambil meminta maaf.

Lelaki berkenaan yang kecewa dengan perbuatan isterinya hanya mampu menyuruh wanita itu memanggil ibu dan bapanya tanpa dinyatakan sebabnya.

“Panggil ibu dan bapa kamu ke sini,” bentak lelaki tersebut.

Di belakang wanita berkenaan kelihatan seorang lelaki lain yang dipercayai kekasih gelap wanita itu, menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

Kejadian itu turut disaksikan orang ramai yang memenuhi rumah pasangan ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button