Jenayah

Suami isteri, cucu terselamat rumah terbakar

MELAKA 23 Januari – Sepasang suami isteri dan cucunya nyaris maut selepas rumah mereka terbabit dalam kebakaran di Taman Paya Rumput Indah, Melaka pagi ini.

Dalam kejadian pukul 10.25 pagi itu, pasangan itu sempat keluar menyelamatkan diri sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat, Cheng tiba di tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Roslan Jalil berkata, kebakaran bahagian hadapan dan dalam rumah itu menyebabkan 60 peratus kemusnahan.

Menurut beliau, seramai lapan anggota dengan kekuatan logistik sebuah jentera pemadam dan turut dibantu turut anggota dari Tangga Batu bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang
awam.

“Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 10.25 pagi dan tiba di tempat kejadian dalam tempoh lima minit.

Related Articles

“Sejurus tiba, didapati kebakaran melibatkan hanya sebuah rumah kediaman separuh kekal dan tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Roslan berkata, pihaknya hanya memerlukan masa selama 16 minit sebelum dapat mengawal kebakaran tersebut.

Menurutnya, punca kejadian dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button