Stesen Shell pertama menerima Piawaian Emas oleh GBI di Malaysia
Shell Malaysia dengan bangganya mengumumkan Stesen Mint Hotel menjadi stesen petrol pertama di Malaysia yang menerima Piawaian Emas Sementara oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Stesen ini disatukan dengan pendekatan dari pelbagai aspek menggabungkan yang inovasi tenaga boleh diperbaharui (RE) dan cekap tenaga (EE) yang menepati keperluan Piawaian Emas GBI. Sistem bumbung solar Photo Voltaic (PV) di stesen ini mampu menjana hampir 90,575KWh tenaga elektrik setahun, cukup untuk memberi tenaga purata 382 isi rumah sebulan.
Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui panel tenaga suria juga dapat mengurangkan pelepasan karbon stesen sebanyak 62.8 tan setahun, yang dianggar dapat menyelamatkan 1,118 batang pokok.
Bagi mengurangkan penggunaan air dari sistem perbandaran, sistem tadahan air hujan digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan untuk kegunaan stesen. Sistem pemuliharaan air ditambah dengan kelengkapan aliran air yang cekap, sekali gus menjimatkan kira-kira 167.749 gelen air setahun, bersamaan dengan bekalan air kepada 24 isi rumah selama sebulan.
Antara ciri menarik lain di stesen ini adalah mesin kompos sisa makanannya yang menukar sisa makanan kepada baja. Stesen ini mampu mengumpulkan kira-kira 30kg sisa makanan setiap hari dan mengubahnya menjadi kira-kira 6kg baja; yang setara dengan penghasilan sehingga 2,190 kg baja dalam setahun yang dapat menyuburkan hingga 4.000 tanaman kecil. Inovasi rendah karbon lain adalah termasuk pendingin hawa dan penyejuk yang cekap tenaga, kemudahan kitar semula dan sistem pencahayaan LED pintar di kawasan depan.
Pada Januari 2021, Shell berjaya menurunkan pelepasan karbon dalam operasi mobilitinya dengan pemasangan panel solar di 100 stesen minyaknya di Malaysia. Bersama dengan Cleantech Solar, Shell telah memasang panel solar di 51 stesen lain pada bulan Mei. Sebanyak 15,929 panel PV suria dengan jumlah kapasiti puncak 7.17-megawatt (MWp) dipasang di bumbung stesen, cukup untuk kegunaan 1,853 isi rumah setiap tahun. 151 stesen Shell bertenaga solar ini dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 4,448 tan setahun, bersamaan dengan menanam semula 79,185 batang pokok.
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pihaknya berharap dapat menggerakkan sektor tenaga dan meningkatkan kecekapannya dengan menawarkan produk dan perkhidmatan dengan pelepasan karbon yang lebih rendah. Bagi menjadikan perjalanan hidup lebih baik untuk pelanggan dan masyarakat setempat, Shell begitu komited dengan inisiatif rendah karbon yang inovatif merangkumi Shell Recharge dan membawa Mesin Layan Diri Kitar Semula ke stesen minyaknya.
Ruang pengecasan Shell Recharge EV kini tersedia di 7 lokasi, iaitu Shell Mint hotel, Sunway Medical Centre, iOi City Mall, Lot 10, Sunway Pyramid, Sunway Velocity dan 163 Retail Park Mont Kiara. Ruang pengecasan Kenderaan Hibrid Plug-in/Kenderaan Elektrik (PHEV/EV) ini boleh digunakan menerusi aplikasi mudah alih ParkEasy yang boleh didapati menerusi iOS dan Android. Selain itu, Shell dan Porsche Asia Pacific sebelum ini telah mengumumkan rangkaian pengecasan berprestasi tinggi rentas-sempadan pertama di Asia Tenggara dengan 12 titik pengecas di enam stesen Shell sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Mesin Layan Diri Kitar Semula yang dikenali ‘Klean Machines’ di Shell Taman Tun Dr Ismail and Shell SKVE Serdang pula membolehkan pelanggan diberi 1 mata BonusLink bagi setiap botol plastik PET atau aluminium yang dapat dikitar semula di mesin tersebut. Bahan yang telah dikumpulkan itu kemudiannya dibawa ke pusat kitar semula. Setelah dua bulan dilancarkan, lebih daripada 5,000 botol plastik PET dan tin aluminium telah berjaya dikumpul. Shell kini sedang berusaha untuk membawa Klean Machines ke lebih banyak stesen Shell dalam beberapa tahun akan datang.
Buat masa ini, 3 stesen Shell telah menerima pengiktirafan GBI, manakala 5 stesen lain sedang dinilai untuk mendapatkan sijil GBI. Dalam usaha mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon, Shell berhasrat untuk memiliki sejumlah 300 stesen yang menerima pengiktirafan solar dan 40 GBI pada tahun 2021.
Pada 2021, Shell akan menumpukan kepada strategi yang diperbaharui dinamakan ‘Powering Progress’ bagi menyokong hasratnya untuk mendorong kemajuan bersama-sama dengan menyediakan penyelesaian tenaga untuk mempercepat peralihan perniagaannya ke pelepasan bersih-sifar. Kemampanan di Shell bermaksud memberikan tenaga dengan cara yang bertanggungjawab, menghormati antara satu sama lain, serta mengutamakan keselamatan dan persekitaran mereka.