Stalker ditangkap cuba pecah masuk rumah Taylor Swift
POLIS New York pada hari Jumaat berkata mereka menahan seorang lelaki di luar bangunan tempat tinggal Taylor Swift, di mana dia telah merempuh keretanya dalam cubaan masuk secara paksa.
Morgan Mank, 31, didakwa selepas polis mengatakan dia memandu di laluan salah di jalan bawah Manhattan.
Dia menghadapi pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan memandu dalam keadaan kurang upaya.
Penyanyi terkenal, Swift, telah lama mengalami kejadian di mana dia diekori oleh ‘stalker’.
Artis itu telah menyebut ancaman terhadap keselamatannya sebagai salah satu ‘ketakutan terbesarnya’, dan terdahulu dia turut dilaporkan telah menggunakan teknologi pengecaman muka di beberapa konsert untuk mengenal pasti ‘stalker’ dalam orang ramai yang datang ke konsertnya.
“Anda mendapat cukup ‘stalker’ yang cuba menceroboh masuk ke rumah anda dan anda mula bersiap untuk perkara buruk.
“Setiap hari saya cuba mengingatkan diri saya tentang kebaikan di dunia, cinta yang saya saksikan, dan kepercayaan yang saya miliki dalam kemanusiaan,” tulisnya untuk Elle pada 2019.
Pada Jun 2019, seorang lelaki Iowa telah ditangkap selepas pergi ke sebuah rumah superstar itu di Rhode Island, dengan membawa peralatan pecah rumah termasuk kayu besbol aluminium dan merancang untuk ‘melawat’ Swift.
Seorang lelaki bernama Roger Alvarado telah ditangkap beberapa kali kerana menceroboh rumah Taylor Swift di Manhanttan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – SM