JenayahNasional

SPRM siasat bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap bekas sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low,  Jasmine Loo Ai Swan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan daripada Jasmine Loo yang juga bekas Peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diambil bermula 4 September lalu.

Jasmine Loo Ai Swan

“Dia dalam siasatan kita juga. Setakat ini mengambil masa tiga hari dan jika perlu tambahan masa kita akan minta kepada polis untuk tambah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Persidangan Governans, Integriti dan Antirasuah, hari ini.

Mengulas sama ada Jho Low akan ditangkap susulan siasatan terhadap Jasmine Loo, Azam berkata: “Jika tanya pandangan saya, belum lagi. Masih jauh.”

Sementara itu, Azam berkata, pihaknya akan berusaha untuk membawa balik aset dan wang milik 1MDB yang lain susulan rampasan oleh polis membabitkan barangan berharga atas nama Jasmine Loo, baru-baru ini.

“Setakat ini, wang dan aset itu sahaja dirampas,” katanya.

Isnin lalu, Bukit Aman mengumumkan telah merampas aset berkaitan 1MDB berjumlah sekurang-kurangnya RM93.2 juta yang diperoleh atas nama Jasmine Loo. – SUMBER FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button