Jenayah

SPRM serbu pejabat Zairil, Ramasmy

PEJABAT dua Exco Pulau Pinang menjadi lokasi serbuan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  hari ini.

Tujuh pegawai SPRM itu menyerbu pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johar di tingkat 52 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 9.40 pagi

Selang 20 minit kemudian, sepasukan lagi pegawai SPRM tiba dan masuk ke pejabat Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy.

Kehadiran pegawai SPRM itu dipercayai berkaitan siasatan terbaru projek terowong dasar laut di negeri tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Menter, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan terbaharu yang dijalankan SPRM dipercayai berhubung kes projek terowong dasar laut.

Beliau berkata demikian susulan daripada penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes SPRM.

Difahamkan penahanan Jeffrey Chew adalah dipercayai berkaitan siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button