Nasional

SPRM nafi siasat ahli politik di Melaka

TIADA ahli politik bergelar Datuk dan Datuk Seri disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku rasuah kata Pengarahnya, Mohd. Shahril Che Saad.

Menegaskan perkara tersebut menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau laporan daripada mana-mana pihak berhubung salah laku rasuah tersebut.

Justeru katanya, dakwaan ada beberapa ahli politik di negeri ini disiasat oleh SPRM kerana menyeleweng dana kerajaan dan projek mega di negeri ini adalah tidak benar sama sekali.

“Setakat ini, tidak ada sebarang siasatan dijalankan terhadap dakwaan tersebut. Itu mungkin khabar angin, kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Namun saya boleh sahkan memang SPRM tidak menahan atau menyiasat mana-mana ahli politik di negeri ini berkaitan dakwaan yang disebutkan itu,” ujarnya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Shahril ditemui pada program Ujian Melepaskan Tembakan dan Kemahiran Pengendalian Senjata Api SPRM negeri bersama media di Lapang Sasar, Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tiang Dua, Ayer Molek dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Faridz Gohim Abdullah. Seramai 56 pegawai SPRM Melaka bersama sepuluh wakil media menyertai ujian tersebut. – SM Melaka

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button