Nasionalpilihan

SPRM nafi dakwaan akan tahan lima ADUN Perlis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan akan menahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis bagi membantu siasatan terhadap anak menteri besar, Shukri Ramli.

Lima ADUN Pas dan Bersatu itu didakwa disebut oleh anak Shukri semasa disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan pemalsuan dokumen berkaitan tuntutan projek infrastruktur bernilai RM600,000.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman turut menafikan sekumpulan pegawai dari ibu pejabat agensi antirasuah itu berada di Perlis sejak beberapa hari lalu selepas menerima maklumat baharu mengenai kes itu.

“Buat masa ini, dakwaan ini tidak benar,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button